Selamat Datang

Selamat Datang ke Laman Web Homestay Port Dickson

Terlebih dahulu kami mengucapkan selamat datang kepada tuan/puan ke laman blog kami.

Laman ini bertujuan untuk memberikan kemudahan dan maklumat yang lengkap tentang kemudahan homestay yang kami tawarkan semasa anda merancang untuk bercuti ke Port Dickson. Secara amnya, perkhidmatan yang kami tawarkan ialah homestay, dimana tuan/puan boleh tidur, berehat, bermalam, memasak dan sebagainya seperti mana berada di rumah sendiri. Kami tidak menawarkan pakej pelancongan seperti perkhidmatan membawa tuan/puan ke tempat-tempat yang menarik di Port Dickson.

Tuan/Puan perlu merancang percutian tuan/puan ke Port Dickson agar percutian ini benar-benar terisi dan memberikan satu pengalaman percutian yang menarik. Percutian di Port Dickson tidak bermaksud mandi di pantai semata-mata, yang sebenarnya begitu banyak lagi lokasi yang perlu dilawati di Port Dickson ini. Adalah ‘rugi’ sekiranya tuan/puan tidak betul-betul merancang aktiviti tuan/puan dengan sepenuhnya, apatah lagi tuan/puan datang dari lokasi yang jauh dari Port Dickson.

Laman Web kami dibuat dalam bentuk blog yang kurang formal untuk memudahkan tuan/puan berinteraksi dengan kami, memberikan pandangan dan sebagainya. Silalah tuan/puan berinteraksi dengan kami dengan memberikan komen yang boleh dikongsi dan diperbincangkan bersama. Sekiranya tuan/puan memerlukan rawatan perubatan, tuan/puan juga boleh mengunjungi Klinik Dr Azmi di Linggi dan Senawang. Terima kasih.

 

Dr Azmi bin Majid